:: 3 Pelajar Hangus Dalam Kebakaran Di Bukit Mertajam



3 orang pelajar dari SJKC Keow Kuang yang telah meninggal dunia akibat hangus terbakar dalam tragedi kebakaran 5 buah rumah di Kampung Bukit Kecil, Bukit Mertajam, P. Pinang pada pagi 9 Mac 2010 (Selasa). Pelajar yang terselamat ialah seramai 6 orang, setiap seorang dari SJKC Keow Kuang, SMK Berapit, SMK Ptg Rawa, SMJK Jit Sin dan 2 orang dari SMK Bukit Mertajam.
Tn. Hj Osman Ketua Sektor PPK dan Pegawai B & K , Unit HEM JPN P.Pinang telah turun melawat sekolah dan tapak kejadian. JPN P. Pinang telah menyalurkan bantuan SPBT dan KWAPM (bantuan kecemasan)kepada pelajar-pelajar berkenaan.
Pasukan SMART SUPPORT TEAM ditubuhkan dan menemui pelajar-pelajar tersebut untuk mengatasi trauma mereka. Program kaunseling kepada rakan-rakan sekelas yang meninggal serta guru sekolah rendah tersebut akan dijalankan pada 22 Mac 2010 bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 1.30 hingga 2.30 petang. Pejabat Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang dan Daerah Tengah bersetuju membantu memberi kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah berkenaan.
...ara

::Forum & Pameran Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon 10



Forum dan Pameran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 yang bertemakan "Jom Masuk U" bagi Zon 1o telah berlangsung dari 26 - 29 Mac 2010 untuk Forum, manakala 27 dan 28 Mac 2010 untuk Pameran. Forum berlangsung di Hotel Heritage, dan Pameran berlangsung di Stadium Indera Mulia. Kedua-duanya di Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar Perak D.R. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah berbesar hati merasmikan penutupan karnival tersebut di Stadium Indera Mulia jam 10.00 pagi pada 27 Mac 2010.
Karnival ini yang bermula dari Zon 1 hingga Zon 9 telah menarik minat hampir 200 ribu pengunjung pameran. Manakala Negeri Pulau Pinang, Kedah Selatan dan Perak Utara yang berada di dalam Zon 6 telah berjaya menarik pengunjung seramai 20 ribu orang pada 26 dan 27 Februari 2010 bertempat di Dewan Mellinium, Kepala Batas.
Bagi peserta forum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menghantar seramai 20 orang peserta, yang terdiri daripada pegawai JPN 3 , Pegawai PPD 5 orang , Pengetua Cemerlang 5 orang dan 7 orang kaunselor.

Unit HEM , JPN P. Pinang telah menyediakan pengangkutan koster membawa peserta ke sana. Rata-rata semua peserta berpuas hati kerana mendapat banyak maklumat dan input untuk faedah pelajar melanjutkan pelajaran dan bidang kerjaya selepas tamat pengajian nanti.
...ara

::Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kaunseling Sekolah Rendah.


Unit HEM (B&K) dengan kerjasama dengan Biro Tata Negara Pulau Pinang telah menganjurkan kursus kepada Guru-guru Kaunseling sekolah rendah pada 5 hingga 7 Mac 2010 bertempat di Kem Bina Negara, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Seramai 60 peserta terlibat dari 5 Daerah PPD. Pihak BTN akan menyediakan penginapan, makan minum dan pengangkutan.
...ara

::Kebakaran 8 buah rumah setinggan di Bayan Baru, P. Pinang


Kebakaran 8 buah rumah setinggan di Kampung Sungai Nibong Tengah, Bayan Baru, P. Pinang melibatkan 15 keluarga. Kebakaran ini bersebelahan dengan SK Bayan Baru. Seramai 6 orang pelajar terlibat yang terdiri dari 4 orang dari SK Bayan Baru, seorang dari SMK Bukit Jambul dan seorang dari SMKA Al Mashoor (P). Kejadian berlaku pada 1 Mac 2010 jam 2.10 ptg.
Unit HEM, JPN P.Pinang telah memberi bantuan KWAPM dan SPBT. PIBG sekolah memberi sumbangan pakaian seragam. Bantuan-bantuan lain juga disumbang dari NGO dan orang ramai termasuk parti politik. Unit HEM, telah bermesyuarat dan menubuhkan 'SMART SUPPORT TEAM' bagi membantu pelajar yang terlibat bagi menangani trauma kebakaran.
...ara