::Bengkel Pengurusan dan Pentadbiran Kaunselor Sekolah Menengah



Pada tarikh 13 Apr. 2010, bertempat di SK Sungai Batu, Bayan Lepas, Unit HEM, JPN Pulau Pinang telah menganjurkan bengkel kepada kaunselor sekolah menengah yang baru memasuki alam pendidikan. Bengkel bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Pulau Pinang En. Ismail Said.
Yang Mulia Raja Mazlan b. Raja Sahadan, dari Unit Bimbingan Kaunseling Kementerian Pelajaran telah sudi hadir beramah mesra dengan peserta serta seterusnya merasmikan perasmian penutup.
Mereka ini adalah sebahagian dari keluaran UPSI dan UPM dan telah melapor diri di sekolah-sekolah dalam bulan Oktober, November atau Disember 2009. Seramai 44 kaunselor terlibat dari beberapa buah sekolah di Pulau.

Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan pengurusan dan pentadbiran sebagai seorang kaunselor yang berkualiti.

...ara

::Hari Informasi dan Kerjaya 2010




Unit HEM JPN , ICU Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Kaunselor Sekolah Menengah akan mengadakan Hari Informasi dan Kerjaya pada 4 dan 5 Mei 2010, bertempat di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji. Sejumlah 60 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari dalam dan luar Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam program ini.
Mengikut En. Abdul Rahman Zakaria, Ketua Unit HEM JPN Pulau Pinang berkata bahawa objektif utama ialah untuk menyebarluaskan informasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negeri, terutamanya tingkatan 5 dan 6 tentang peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan peluang kerjaya selepas tamat berlajar.

Beliau juga berharap pelajar-pelajar yang sederhana dalam akademik dapat mengambil peluang ini kerana beberapa buah Institut Pengajian Tinggi ada menyediakan latihan kemahiran kepada mereka selepas keputusan SPM dan STPM tahun diumumkan pada 2011.

Unit HEM telah berbincang dengan ICU Cawangan Pulau Pinang dan mereka bersetuju untuk menjadi penaja utama program Hari Informasi Kerjaya dan Anugerah Kecemerlangan SPM 2009. Seramai 300 orang pelajar cemerlang dalam SPM tahun lalu bakal menerima sumbangan wang berjumlah RM 500.00 seorang.

...ara