::Forum Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010- Zon 6





Sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara yang bertemakan 'Jom Masuk U' telah berlangsung di Hotel Pearls View, Perai, Seberang Perai Tengah dari 26 Februari hingga 1 Mac 2010. Seramai 120 kaunselor dan Penyelaras Tingkatan 6 telah hadir (80 orang dari P.Pinang, 40 dari Kedah Selatan dan Perak Utara). Forum ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit HEM, JPN Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Sejumlah 20 wakil IPTA dan 14 IPTS telah memberi taklimat tentang latar belakang pusat pengajian, kreteria dan syarat kemasukan, bidang pengajian yang ditawarkan serta peluang-peluang kerjaya apabila tamat pengajian. Maklumat yang diperolehi oleh peserta forum ini akan disebar luaskan kepada pelajar-pelajar di sekolah.
...ara

::Karnival Pengajian Tinggi 2010 "Jom Masuk U' Zon 6. Tarikh: 27 & 28 Feb. 2010


::Karnival Pengajian Tinggi 2010 "Jom Masuk U"

Karnival Pengajian Tinggi 2010 " Jom Masuk U' anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berlangsung dari 10 Jan.2010 hingga 30 Mac. 2010 di beberapa buah lokasi.

Negeri Pulau Pinang, Kedah Selatan dan Perak Utara berada dalam Zon 6. Program 'Jom Masuk U' bagi Zon 6 akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2010, bertempat di Dewan Millinium, Kepala Batas, SPU, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6 petang.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan hala tuju kepada semua pelajar menengah terutamanya pelajar tingkatan 5 dan 6. Dijangka lebih kurang 4000 pelajar Pulau Pinang akan melawat karnival tersebut.

Pada tarikh yang sama Seminar "Jom Masuk U" akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, SPU. Seramai 120 orang kaunselor terlibat. Peserta dari Pulau Pinang (80) Kedah Selatan (20) dan Perak Utara (20)

....ara

::Mesyuarat Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

Mesyuarat Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit HEM, JPN Pulau Pinang telah diadakan pada 9.2.10 untuk Guru-guru B&K dari Daerah Pulau, bertempat di Dewan SMK Teluk Kumbar, 10.2.10 untuk Daerah Selatan bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Selatan dan 11.2.10 untuk Daerah Utara dan Tengah bertempat di Dewan SMK Permatang Pasir, Bukit Mertajam.

Dalam pertemuan itu, Guru-guru B & K dapat bersua muka dengan Pegawai B&K yang baru iaitu, Tn.Hj. Bohari Samsudin dan En. Abd. Rahim Hj Ariffin.

En. Ismail Mohd Said KPP, Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPP dan En. Abdul Rahman Zakaria, KU HEM JPNPP memberi ucapan dan taklimat berhubung perkembangan terbaharu B&K semasa.

Pertemuan ini juga, satu Mesyuarat Agung Majlis GBK Sekolah Rendah telah diadakan pada setiap Daerah pada hari berkenaan.





...ara

:: MESYUARAT KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH

Satu mesyuarat kaunselor Sekolah Menengah bersama dengan Unit HEM, JPNPP telah diadakan pada 28 Januari 2010 bertempat di SMK Tinggi Bukit Mertajam.




...ara