:: KURSUS PENGURUSAN GURU KAUNSELING SEKOLAH BERASRAMA

Kursus Pengurusan Guru Kaunseling Sekolah Berasrama Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan
Tarikh : 25 - 27 Ogos 2008
Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang.
Kursus telah dianjurkan oleh Subunit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dihadiri oleh 51 orang guru kaunseling di seluruh negeri Pulau Pinang ( Asrama Harian, Teknik, Khas, Sains dan SABK ).
Tujuan diadakan adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di asrama dalam bindang akademik dan sahsiah diri murid asrama. Di samping itu juga diharap dapat membantu memperkembangkan hala tuju murid ke arah kecemerlangan akademik.
Aktiviti:
- Ceramah - Latihan Dalam Kumpulan - Pembentangan Kertas Kerja.


:: LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang diminta untuk mengisi Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (L4). Laporan tersebut adalah bagi bulan Januari hingga Jun 2008.
Sila muat turun fail di bawah dan menghantar laporan yang telah lengkap kepada Unit Hal Ehwal Murid untuk perhatian Tn. Hj. Ishak b. Hamli pada atau sebelum 7 Julai 2008.

> Muat turun Fail

:: PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA BIMBINGAN DAN KERJAYA

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Pelajaran Negeri akan menganjurkan Pertandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Bimbingan dan Kaunseling di peringkat daerah dan negeri pada tahun ini.
Jenis-jenis kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Sketsa Kerjaya (SM) - Garis Panduan
2. Pertandingan Model Kerjaya (SR) - Garis Panduan
3. Pertandingan Melukis dan Mewarna Kain Rentang (SM) - Garis Panduan
4. Pertandingan Folio Kerjaya (SR/SM) - Garis Panduan
5. Pertandingan Melukis Poster (SR / SM) - Garis Panduan
6. Pertandingan Media Maklumat (SM) - Garis Panduan
7. Pertandingan Melukis Eksplorasi Alam Kerjaya (SM) - Garis Panduan

Sila muat turun Garis panduan di atas berserta dengan Borang dan Lampiran Tambahan di bawah:
a. Borang Penyertaaan.
b. Pemarkahan Eksplorasi Alam Kerjaya
c. Format APA bagi Eksplorasi Alam Kerjaya
d. Muka Hadapan Karnival

Sila kembalikan borang Senarai Nama peserta pada atau sebelum 22 Julai 2008 ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (Hj. Ishak b. Hamli)

:: ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH

Semua sekolah rendah & menengah boleh memohon Anugerah Kecemerlangan Sekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan anugerah ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria:
+ Pencapaian Akademik Sekolah (UPSR, PMR, SPM)
+ Pencapaian KoKurikulum anjuran KPM (Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan, Unit Uniform)
+ Penglibatan KoKurikulum (Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan, Unit Uniform)
+ Pencapaian Dalam Pertandingan Khas
Sila muat turun borang berkaitan di bahagian Muat Turun Fail dan kembalikan ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang ( u.p Ishak Hamli ) pada atau sebelum 3 April 2008.

:: ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID

Borang ini digunakan untuk Anugerah Kecemerlangan Murid di peringkat kebangsaan 2008. Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu pencalonan anugerah bagi setiap kategori. Anugerah ini akan diadakan dari masa ke semasa. Terdapat 4 kategori iaitu:
1. UPSR (5 Anugerah- Al Mithali, Biasiswa McDonalds, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal, Juara Dumex)
2. PMR (3 Anugerah - Al Mithali, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal)
3. SPM (5 Anugerah - Al Mithali, Shell Malaysia, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal, YAPIEM)
4. STPM(4 Anugerah - Al Mithali, Shell Malaysia, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal)

Kriteria pemilihan adalah berdasarkan:Jumlah Pendapatan Bulanan Ibu dan bapa/Penjaga
+ Pencapaian Akademik
+ Penglibatan Dalam Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Unit Beruniform
+ Jawatan Disandang Di sekolah
+ Jawatan Khas
+ Anugerah dan Penghargaan Istimewa
+ Penilaian Khas

Sila muat turun borang ini di bahagian muat turun fail. Sila hantar borang berkenaan kepada Unit HEM, Jabatan Pelajaraan Pulau Pinang ( u.p Ishak Hamli ) pada atau sebelum 3 April 2008.