:: AL-FATIHAH : HJ. ISHAK BIN HAMLI MENINGGAL DUNIA

Dukacita dimaklumkan bahawa Haji Ishak bin Hamli (Pegawai Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, JPN) telah meninggal dunia pada 23hb. September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham . Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

:: KURSUS PEMANTAPAN GURU KAUNSELING SEKOLAH BERASRAMA

Satu Kursus Pemantapan Guru Kaunseling Sekolah Berasrama Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 10 - 13 Ogos 2009 (Isnin - Khamis). Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah Darul Aman. Seramai 43 orang guru kaunseling yang mengajar di sekolah berasrama telah menghadirinya.
Antara pengisian kursus adalah:
- Bengkel dan Pembentangan
- Kembara Minda
- Ceramah Motivasi
- Keibubapaan
- Klinik Peperiksaan

:: LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2009

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang diminta untuk mengisi Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (L4). Laporan tersebut adalah bagi bulan Januari hingga Jun 2009.
Sila muat turun fail di bawah dan menghantar laporan yang telah lengkap kepada Unit Hal Ehwal Murid untuk perhatian Tn. Hj. Ishak b. Hamli pada atau sebelum 4 September 2009.

> Muat turun Fail

:: ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2009

Seperti tahun-tahun lepas Anugerah Kecerlangan Murid akan diadakan pada tahun 2009 mengikut kategori. Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu pencalonan anugerah bagi setiap kategori. Anugerah ini akan diadakan dari masa ke semasa. Terdapat 4 kategori iaitu:
1. UPSR (5 Anugerah- Al Mithali, Biasiswa McDonalds, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal, Juara Dumex)
2. PMR (3 Anugerah - Al Mithali, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal)
3. SPM (5 Anugerah - Al Mithali, Shell Malaysia, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal, YAPIEM)
4. STPM(4 Anugerah - Al Mithali, Shell Malaysia, Tunas Jaya, Tunas Jaya Cacat Fizikal)

Kriteria pemilihan adalah berdasarkan:Jumlah Pendapatan Bulanan Ibu dan bapa/Penjaga
+ Pencapaian Akademik
+ Penglibatan Dalam Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Unit Beruniform
+ Jawatan Disandang Di sekolah
+ Jawatan Khas
+ Anugerah dan Penghargaan Istimewa
+ Penilaian Khas

Sila muat turun borang ini di bahagian muat turun fail. Sila hantar borang berkenaan kepada Unit HEM, Jabatan Pelajaraan Pulau Pinang ( u.p Ishak Hamli ) pada atau sebelum 22 April 2009.

:: KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA 2009

Seperti tahun-tahun lepas, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan dengan Anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Tema : Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara

Jenis-jenis kategori adalah sama seperti tahun-tahun lepas. Garis panduan dan borang-borang boleh dimuatturun melalui pautan di bawah.

Garis Panduan dan Borang.

Sila kembalikan borang senarai nama peserta pada atau sebelum 22 Jun 2009 ke Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk perhatian Hj. Ishak b. Hamli untuk pertandingan di peringkat negeri.