Seramai 60 guru kaunseling daripada sekolah menengah berasrama telah menghadiri Kursus Pengurusan Asrama kepada Kaunselor dari 26 hingga 29 Julai 2010, bertempat di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi.
Objektif kursus ini mendedahkan kepada kaunselor input-input penting seperti:
1. Fokus Utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010)NKRA.KPI
2. Memahami tanggung jawab sebagai kaunselor di sekolah- mengadakan program untuk memperkasakan pelajar.
3. Meningkatkan Kualiti Program Kecemerlangan Asrama.
4. Meningkatkan Pengetahuan dan kemahiran Kaunselor pengurusan pelajar asrama.
Mengupas isu semasa terhadap kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar-pelajar asrama. En. Abdul Rahman Zakaria, Ketua Unit HEM JPN Pulau Pinang dan beberapa Fasilatator lain telah menyampaikan slot-slot di kursus ini.
Kursus Pengurusan Asrama telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Osman bin Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
...ara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (SANTUN) bagi pelajar lepasan PMR (SANTUN Junior) bertempat di Hotel MS Garden Kuantan Pahang. Setiap negeri diwakili oleh 2 orang pelajar.
Pelajar-pelajar Pulau Pinang yang terpilih ialah :
1. Adik Ahmad Omar bin Abu Bakar - SMKA Al Irshad (SANTUN Junior)
2. Adik Juliana bt. Zainal Abidin - SMK Teluk Kumbar II (SANTUN Junior)
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan Y.A.B Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
::Anugerah Pelajar Miskin/Anak Yatim Cemerlang Nasional 2010
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:25:00 AMDua orang pelajar Tingkatan Empat dari Pulau Pinang telah dipilih menerima Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (Santun) bagi pelajar lepasan PMR (Santun Junior) Kedua-dua mereka adalah Adik Ahmad Omar bin Abu Bakar dari SMKA Irshad dan Adik Juliana Bt. Zainal Abidin dari SMK Teluk Kumbar 2.
Majlis penganugerahan tersebut akan berlangsung pada 26 Jun 2010 pada jam 10.30 pagi bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan Pahang Darul Makmur. YAB Perdana Menteri Malaysia telah setuju hadir bagi menyampaikan anugerah tersebut kepada pelajar-pelajar berkenaan dari seluruh Malaysia.
Majlis ini adalah tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri.
...ara
JPN Pulau Pinang telah dimaklumkan oleh Syarikat Kensido Sdn. Bhd akan penganjuran seminar yang bertajuk : Wacana Ke Arah Generasi Intelek Melalui Portal Pendidikan Score A i-Teacher. Program ini akan diadakan pada 29 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Budaya, USM Pulau Pinang, dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Pihak penganjur menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua Pengerusi PIBG , Setiausaha PIBG dan Pengetua/Wakil ke seminar tersebut. Pengarah Kemajuan Pembangunan Pulau Pinang (ICU) telah bersetuju untuk bersama-sama dengan peserta seminar dan seterusnya merasmikannya.
Unit HEM, Jabatan Pelajaran berbesar hati memohon semua kaunselor hadir ke seminar tersebut sebagai tanda sokongan kepada program itu memandangkan ianya amat berfaedah dalam peningkatan akademik pelajar.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Nicoe Leoi di talian 012-428 9545 untuk keterangan lanjut.
...ara
Guru Kaunseling dari SMK Taman Sejahtera Bukit Mertajam, En. Yaakub bin Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 2010 bersamaan dengan 10 Jamadilakhir 1431. Beliau telah meninggalkan seorang balu yang bertugas di SMK Tinggi Bukit Mertajam dan 2 orang putra yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam. Allahyarham telah menderita kanser usus selama setahun sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham adalah seorang kaunselor yang komited dan didikasi. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kaunseling dan sekolah. Allahyarham telah disemadikan di tanah perkuburan Junjung, Kulim pada 25 Mei 2010 jam 11 pagi. Semoga Allah mencucuri rohnya. Amin.
...ara
Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU) dengan kerjasama Unit HEM, JPN Pulau Pinang.
Majlis ini juga diserikan lagi dengan slot motivasi kepada pelajar & ibubapa yang mana telah disampaikan oleh Tn. Haji Bohari Samsudin, Kaunselor JPN Pulau Pinang.
Hari Informasi Pendidikan dan Kerjaya telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas pada 4 & 5 Mei 2010. Perasmian telah dilakukan oleh En. Nik Ali b. Mat Yunus, Pegawai ICU. Program ini adalah kerjasama antara Unit HEM JPN Pulau Pinang, Majlis Guru Kaunseling Negeri , Pejabat Pembangunan Persekutuan, Pulau Pinang (ICU) dan perkongsian pintar dengan MSU. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU) telah bermurah hati menaja sebahagian besar program tersebut. Terima kasih daun keladi.
Semoga pendedahan informasi ini kepada pengunjung-pengunjung terutamanya pelajar, agar mereka dapat merencanakan hala tuju masa depan bersertakan bimbingan kauselor sekolah.
:: Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling Daerah Seberang Perai Selatan
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:11:00 PMMajlis Guru Kaunseling Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 3 pada 25 Mac 2010 bertempat di Pusat Latihan SLC, Bukit Mertajam. Dalam mesyuarat tersebut, perlantikan Pengerusi dan AJK baru telah dibuat. Pengerusi lama En. Abdul Hadi bin Nordin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada beliau semasa menjawat jawatan pengerusi. Harapan beliau dengan perlantikan pengerusi serta AJK baru dapat memperkasakan lagi Majlis Kaunseling di Daerah Seberang Perai Selatan dan perkara ini juga telah diulangi oleh Pengerusi baru yang dilantik.
::Bengkel Pengurusan dan Pentadbiran Kaunselor Sekolah Menengah
Posted by Hal Ehwal Murid at 2:24:00 PMMereka ini adalah sebahagian dari keluaran UPSI dan UPM dan telah melapor diri di sekolah-sekolah dalam bulan Oktober, November atau Disember 2009. Seramai 44 kaunselor terlibat dari beberapa buah sekolah di Pulau.
Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan pengurusan dan pentadbiran sebagai seorang kaunselor yang berkualiti.
...ara
...ara



Menteri Besar Perak D.R. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah berbesar hati merasmikan penutupan karnival tersebut di Stadium Indera Mulia jam 10.00 pagi pada 27 Mac 2010.
Unit HEM , JPN P. Pinang telah menyediakan pengangkutan koster membawa peserta ke sana. Rata-rata semua peserta berpuas hati kerana mendapat banyak maklumat dan input untuk faedah pelajar melanjutkan pelajaran dan bidang kerjaya selepas tamat pengajian nanti.